Januari.
1 Januari tu juga Hime balik ke UNIMAS. Hime balik ngan Ida-chan ngan housemate Ida-chan sekali. Esoknya, Hime daftar kursus. Masa tu Hime mula berdepan ngan masalah yang berpanjangan sehingga 2 minggu. Masa tu juga Hime banyak jumpa Timb. Dekan (Dr. Rusli-sensei) dan Dekan (Dr. Shahren-sensei). Pointer Hime berada dalam keadaan yang tidak memuaskan langsung! Bukan Hime je, Tseu-chan dan juga Ida-chan! Kami 3 sekawan terpaksa menghadapinya. 7 Januari kami sama-sama belajar Neuroscience dan Philosophy. Kami mula berkenalan ngan Mr Tan Kock Wah (Tan-sensei). Dialah lecturer yg dikatakan kena minum 7 liter air sehari sebelum belajar. Hebat, hebat! XD Tan-sensei masa tu tak bagi kami yang LB1 dan GMS belajar subjek tu walaupun kitorg lulus banget ngan subjek Intro dan Psycho. Aduh, namun Tan-sensei takde kuasa sangat. Onni-chan (hero Sc Kog) bela kami; dibenarkan belajar dua subjek (Neuro dan Philo). 9 Januari, kami adakan perjumpaan dgn Onni-chan tentang masalah kami (LB1 dan GMS). Kami diberi pilihan sama ada tukar kursus atau stay saja. Pilihan terakhir plak ialah tukar U atau berhenti saja! Ah, tidak! Hime takkan masuk keputusan terakhir yang dikatakan last resort tu! Hime masa tu entah, rasa cam nak menangis plak nak tukar course tapi satu je Hime ingat masa Hime jumpa Onni-chan,
“Saya tak nak awak menderita kalau awak masih ambil Sc Kog sebab banyak yang awak tak tau,” Hime main diam je. Pening...
“Esok tahun baru Hijrah, buatlah muhasabah diri masa tu. Hari Jumaat jumpa ngan saya balik,” Ewah, siap main lagak Ustaz plak dia.
Hari Jumaat, Hime jumpa balik. Hime bgtau yg Hime nak tukar course. Terperanjat juga dia. Tapi dia main cover. Dengar-dengar dek Tseu-chan, dia naik angin satu badan masa kelas Programming. Aduh...kesan sampingan ke tu? Mintak2lah taakk...
16 Januari. Hari Mentor Mentee. Hime dan Tseu-chan duduk sama-sama dan masa tu Hime malu gak nak tenung Onni-chan kat depan. Tseu-chan prompt Hime suruh tengok! Uhh...Lepas perjumpaan di Dewan UNIMAS, Tseu-chan ‘melarikan diri’ utk berjumpa mentornya. Uh, boringnya. Mesti Hime kena balik sorang...perjumpaan mentee2 ngan Onni-chan...biasa je. Sebab apa? Hime pegang perumpamaan ni, kita merancang, Tuhan menentukan! Selalu x jadi! Haha! XDD Hime dapat satu klu pasal Onni-chan. Dia x reti main bola! Ah, kalau perempuan tak pandai main bola, logik jugak! Kenapa Hime boleh tau dia tu? Sebab dia kata, dia sanggup jadi “cheerleader” drp main bola! Uhh! Yang Hime tensen tu, dia ajak kitorg main bowling! Uh, ni lagi Hime tak tau! Dalam lucu2 Onni-chan, lagi lucu Hime! Hey, jangan pandang xder mata ah!? Impian Hime ialah nak main Paintball! Kalau UNIMAS ada offer, Hime nak join!! XD Kenapa UNIMAS xder offer Persatuan Paintball?? Dengki tu bila Ustaz Azhar dpt peluang main Paintball! Wah...nak main!! ><;;;
Masa yg ditunggu2 dah tiba. SK Nite 2008! Oh, lupa! Ingat tak masa Tseu-chan buat sweet escape masa perjumpaan Mentor-Mentee? Hah, nak tahu, Tseu-chan kena marah dek Mentornya! Aduh, Tseu-chan mengadu sambil menangis kat Hime pasal tu. Kasihan...T___T;;; Mentor Tseu-chan prompt dia suruh sertai SK Nite juga (Tseu-chan tak nak join sebenarnya sebab masalah kewangan. Hime pernah offer kat Tseu-chan yang Hime tanggung yuran SK Nite tapi Tseu-chan x mau.). Hime pujuk kat dia supaya dia bersabar.
Okay berbalik cerita tadi. 20 Januari, kami semua dijemput utk meraikan SK Nite 2008. Yang Hime frust, Hime xder peluang utk dengar Onni-chan nyanyi. Member Hime kata sore Onni-chan powerful masa Minggu Kemerdekaan. Uh, sayangnya Hime x dpt hadir masa Minggu Kemerdekaan. Yelah, siapa nak datang memalam buta masa Sem lepas? Masa tu Hime x berapa biasa nak kuar malam. Ceh, rasanya coz Hime ada masa tu, Onni-chan malu gaban nak tunjuk shownya!! Puas lecturer lain termasuklah Dr. Shahren-sensei pujuk! Lucunya! XD
Februari.
Cuti Midterm merangkap cuti Tahun Baru Cina semakin hampir. Kitorang tak berapa sibuk sangat masa tu. Hime baru je khatam Al-Quran pada 6 Februari. Alhamdulillah...Tseu-chan dikatakan tidak pulang ke kampung halaman dengan pantang larang, jangan biar dia nampak buah oren mandarin! Huhu... memanglah...nostalgia punyalah. Tapi Hime nak sangat makan oren...Huhu...
Oh, ya! Bulan ni Hime perasan yang Hime dah jarang jumpa Onni-chan lagi. Adeh, terasa rindu plak. - -;;;
Bila start kuliah balik, Hime baru masuk kelas Bahasa Arab yang dah Hime skip 5 kelas. Aduh...bila Hime masuk kelas bahasa Arab, bengonglah...tapi apa-apa pun, seronok! Time tu juga Hime baru masuk kelas BM coz dah 2 kali Hime tak masuk kelas. Syy...mula2 masuk kelas Ibrahim-sensei. I-sensei okay orangnya, cuma dia ni ‘hentai’ sketlah. Hime belajar BM betul2, dia selit2kan bahasa Sarawak dia, teruknya! ><;; Kalau perkataan elok takperlah, ni perkataan yang ‘hentai’ jugaklah! Nasib Hime baik, seminggu je kami kelas sensei, kemudian Hime beralih ke kelas Pn. Norlina. Lina-sensei memang kawaii! Rupa dan saiz badan cam Shila-kun (roomate Hime)! Mula2 Hime takut + segan juga nak masuk kelas baru tapi seronok sangat sebab classmate suka buat lawak ngan Lina-sensei! Kadang2 Hime tak tahan ngan kerenah Sam-senpai (Samsul ke Samuel ke?) Dialah yang jadi host Gegar U. Ingat tak? XD Yelah, kalau ada rezeki, tentu dia boleh jadi host Akademi Fantasia 10, menggantikan Aznil. - -;;;
Erm, apa lagi peristiwa Hime di bulan Februari? Oh, Hime 1st time ke Klinik UNIMAS! Hime diserang segugut yang sama kes ngan Okaasan dan Tomoyo-chan! Sakit + pedih + azab! ><;;; Tapi tak lah sangat sakitnya Cuma nak tengok camner rupa klinik UNIMAS ngan surat MC. Last2 Hime ponteng kelas Bahasa Arab dan PREP 2. Haha! Oh, lupa plak. Kelas PREP 2. Hime masuk kelas tu...sorang je member SK (Amirah-chan), 2 member HRD. Yang lain major FSGK dan segelintirnya FK dan FSTS. Hime berkenalan juga ngan sensei yang agak baik juga. Dulu, Ms Eta. Dia OK, Cuma dia tegas skit. Sem ni, nama sensei tu Ms Penik. Eh, nasib baik Hime tak panggil dia Ms Panik! Buat Hime anxious plak! ><;;; Dia orang Bidayuh dari...Miri tak silap Hime. Anyway, dia okay. Tak kisah bahasa Inggeris kitorang yg lintang pukang. Cuma dia nak tengok camner kita berkomunikasi. Oraitlah tu! XD
Yeah, bulan tu juga ada kenangan yang terindah. Kitorang kena hadiri taklimat Kem Motivasi kat Bau. Uihh...best banget! Tapi kisahnya kita forwardkan ke bulan seterusnya!! XD Next...
Mac.
1 dan 2 Mac, kami (LB1 dan GMS); Hime, Tseu-chan dan Ida-chan kena hadiri Kem Motivasi kat Pusat Latihan Staf UNIMAS di Bau. Lepas balik Bau plak kena hafal Role-play bahasa Arab! Dahlah penat, kena hafal lagi. Bila time nak hafal, hilang apa yang Hime hafal! Ah, kena buat lagi pada hari Jumaat.
13 Mac. Hime kena jumpa Onni-chan sebagaimana yang dijanjikan dalam email seminggu lepas. Ah, nasib Hime tak menyebelahi. Ada je orang yang cari dia. Kalau sekejap, takperlah. Tapi Hime tunggu, tunggu. Pukul 11 petang baru student balik. Hime beralah, datang petang. Lagilah tensen, Onni-chan xder dlm bilik. Kereta mereh plak takder...ahh! Tensen...Hime cuba datang besok. Awal pagi Hime keluar. Pagi2 kan dia start kerja, masa tu otak relax. Akhirnya Hime dapat jumpa ngan Onni-chan! Lega...
Akhir Mac, memang sibuk sangat sampai pening Hime dibuatnya. Pada mulanya kena siapkan TMX report, lepas tu pergi Daurah kat rumah orang kat Desa ilmu. Tu pun dapat sehari (sepatutnya 2 hari) sebab Hime ada tugas masa Hari Keluarga FSKPM. Penat, tapi seronok terutamanya pengalaman pertama Hime jadi pembonceng motorsikal! XD
April
X banyak sangat aktiviti pada bulan ni. 13 April; minggu ulangkaji. Hime masa tu takder kelas. Sekejap masa berlalu, Hime dah habis sumer kelas bermula TMX, BM, Arab dan PREP. Sumer lecturer minta maaf kalau2 ada salah dan silap kat kitorg. Ah, that’s okay. Hime pun juga begitu. Kalau ada salah dan silap, Hime minta maaf juga. 21 April, bermulalah peperiksaan pertama Hime, TMX 2012. Kemudian, PREP pada 22 hb, BM; 23 hb dan Arab; 24hb. Pada hari selepas Hime ambil bahasa Arab, Hime, Tseu-chan dan Ida-chan berjumpa dgn Onni-chan masa tu. Manis betul kenangan masa tu. Rasa nak singkap balik kenangan tu. 29 hb pula, Hime bertemu dgn Ust Azhar dan Onni-chan. Termakbul doa Hime pada malam semalam. Alhamdulillah...Ustaz Azhar kata Hime punya result bahasa Arab lulus. Mudah2an boleh naikkan pointer Hime.
Mei
1 Mei. Sepatutnya pergi surfing net kat HEP, tapi bangun lambat. Maklumlah, Tseu-chan bagi macam2 video, game dan lagu utk Hime. Arigatou, Tseu-chan! 2 Mei, Hime pergi Kuching City ngan Tseu-chan, Ida-chan dan Zack-chan (Zakiah). Kitorang beli barang dan cendaramata nak bawa pulang. Hime ada juga barang nak beli tapi masa x berapa cukup coz bas UNIMAS boleh hantar student sampai pukul 6 petang. Jadi, pukul 4 lebih kena balik. Time kitorang nak balik, hujan lebat betul! Hime dan Tseu-chan payungkan Ida-chan dan Zack-chan yang kena pegang beg bagasi Ida-chan yang baru je beli. Student yang tengah tunggu bas tu tengok je gelagat kitorg! Sempat gelak2 dalam hujan! One sweet memories...
3 Mei. Tseu-chan dan Ida-chan pulang ke Sabah. Diorg datang tengok-tengokkan Hime sebelum diorg balik. Thanx my friends! Ida-chan tak putus kata suruh Hime kirim salam ngan famili Hime. Insya-Allah. Kat apartmen Hime dah kemas skit2. Sambung esok utk bhg dapur plak. Rindu plak ngan UNIMAS. 5 Mei Hime akan balik. Jumpa sem depan semua! Hadapi dunia baru tidak lama lagi! Gambatemas!