Saturday, May 3, 2008

Imbasan Hime di UNIMAS 2008


Loh, pejam celik, pejam celik, dah nak balik rumah. Huhu...Hime saja nak tulis kat sini sebagai imbasan Hime masa awal tahun 2008 sampai sekarang. Hime ingat nak buat imbasan 2007 tapi x sempat lah. Xper, Insya-Allah kalau Hime masih ingat peristiwa pada 2007, Hime buatkan.

Januari.

1 Januari tu juga Hime balik ke UNIMAS. Hime balik ngan Ida-chan ngan housemate Ida-chan sekali. Esoknya, Hime daftar kursus. Masa tu Hime mula berdepan ngan masalah yang berpanjangan sehingga 2 minggu. Masa tu juga Hime banyak jumpa Timb. Dekan (Dr. Rusli-sensei) dan Dekan (Dr. Shahren-sensei). Pointer Hime berada dalam keadaan yang tidak memuaskan langsung! Bukan Hime je, Tseu-chan dan juga Ida-chan! Kami 3 sekawan terpaksa menghadapinya. 7 Januari kami sama-sama belajar Neuroscience dan Philosophy. Kami mula berkenalan ngan Mr Tan Kock Wah (Tan-sensei). Dialah lecturer yg dikatakan kena minum 7 liter air sehari sebelum belajar. Hebat, hebat! XD Tan-sensei masa tu tak bagi kami yang LB1 dan GMS belajar subjek tu walaupun kitorg lulus banget ngan subjek Intro dan Psycho. Aduh, namun Tan-sensei takde kuasa sangat. Onni-chan (hero Sc Kog) bela kami; dibenarkan belajar dua subjek (Neuro dan Philo). 9 Januari, kami adakan perjumpaan dgn Onni-chan tentang masalah kami (LB1 dan GMS). Kami diberi pilihan sama ada tukar kursus atau stay saja. Pilihan terakhir plak ialah tukar U atau berhenti saja! Ah, tidak! Hime takkan masuk keputusan terakhir yang dikatakan last resort tu! Hime masa tu entah, rasa cam nak menangis plak nak tukar course tapi satu je Hime ingat masa Hime jumpa Onni-chan,

“Saya tak nak awak menderita kalau awak masih ambil Sc Kog sebab banyak yang awak tak tau,” Hime main diam je. Pening...

“Esok tahun baru Hijrah, buatlah muhasabah diri masa tu. Hari Jumaat jumpa ngan saya balik,” Ewah, siap main lagak Ustaz plak dia.

Hari Jumaat, Hime jumpa balik. Hime bgtau yg Hime nak tukar course. Terperanjat juga dia. Tapi dia main cover. Dengar-dengar dek Tseu-chan, dia naik angin satu badan masa kelas Programming. Aduh...kesan sampingan ke tu? Mintak2lah taakk...

16 Januari. Hari Mentor Mentee. Hime dan Tseu-chan duduk sama-sama dan masa tu Hime malu gak nak tenung Onni-chan kat depan. Tseu-chan prompt Hime suruh tengok! Uhh...Lepas perjumpaan di Dewan UNIMAS, Tseu-chan ‘melarikan diri’ utk berjumpa mentornya. Uh, boringnya. Mesti Hime kena balik sorang...perjumpaan mentee2 ngan Onni-chan...biasa je. Sebab apa? Hime pegang perumpamaan ni, kita merancang, Tuhan menentukan! Selalu x jadi! Haha! XDD Hime dapat satu klu pasal Onni-chan. Dia x reti main bola! Ah, kalau perempuan tak pandai main bola, logik jugak! Kenapa Hime boleh tau dia tu? Sebab dia kata, dia sanggup jadi “cheerleader” drp main bola! Uhh! Yang Hime tensen tu, dia ajak kitorg main bowling! Uh, ni lagi Hime tak tau! Dalam lucu2 Onni-chan, lagi lucu Hime! Hey, jangan pandang xder mata ah!? Impian Hime ialah nak main Paintball! Kalau UNIMAS ada offer, Hime nak join!! XD Kenapa UNIMAS xder offer Persatuan Paintball?? Dengki tu bila Ustaz Azhar dpt peluang main Paintball! Wah...nak main!! ><;;;

Masa yg ditunggu2 dah tiba. SK Nite 2008! Oh, lupa! Ingat tak masa Tseu-chan buat sweet escape masa perjumpaan Mentor-Mentee? Hah, nak tahu, Tseu-chan kena marah dek Mentornya! Aduh, Tseu-chan mengadu sambil menangis kat Hime pasal tu. Kasihan...T___T;;; Mentor Tseu-chan prompt dia suruh sertai SK Nite juga (Tseu-chan tak nak join sebenarnya sebab masalah kewangan. Hime pernah offer kat Tseu-chan yang Hime tanggung yuran SK Nite tapi Tseu-chan x mau.). Hime pujuk kat dia supaya dia bersabar.

Okay berbalik cerita tadi. 20 Januari, kami semua dijemput utk meraikan SK Nite 2008. Yang Hime frust, Hime xder peluang utk dengar Onni-chan nyanyi. Member Hime kata sore Onni-chan powerful masa Minggu Kemerdekaan. Uh, sayangnya Hime x dpt hadir masa Minggu Kemerdekaan. Yelah, siapa nak datang memalam buta masa Sem lepas? Masa tu Hime x berapa biasa nak kuar malam. Ceh, rasanya coz Hime ada masa tu, Onni-chan malu gaban nak tunjuk shownya!! Puas lecturer lain termasuklah Dr. Shahren-sensei pujuk! Lucunya! XD

Februari.

Cuti Midterm merangkap cuti Tahun Baru Cina semakin hampir. Kitorang tak berapa sibuk sangat masa tu. Hime baru je khatam Al-Quran pada 6 Februari. Alhamdulillah...Tseu-chan dikatakan tidak pulang ke kampung halaman dengan pantang larang, jangan biar dia nampak buah oren mandarin! Huhu... memanglah...nostalgia punyalah. Tapi Hime nak sangat makan oren...Huhu...

Oh, ya! Bulan ni Hime perasan yang Hime dah jarang jumpa Onni-chan lagi. Adeh, terasa rindu plak. - -;;;

Bila start kuliah balik, Hime baru masuk kelas Bahasa Arab yang dah Hime skip 5 kelas. Aduh...bila Hime masuk kelas bahasa Arab, bengonglah...tapi apa-apa pun, seronok! Time tu juga Hime baru masuk kelas BM coz dah 2 kali Hime tak masuk kelas. Syy...mula2 masuk kelas Ibrahim-sensei. I-sensei okay orangnya, cuma dia ni ‘hentai’ sketlah. Hime belajar BM betul2, dia selit2kan bahasa Sarawak dia, teruknya! ><;; Kalau perkataan elok takperlah, ni perkataan yang ‘hentai’ jugaklah! Nasib Hime baik, seminggu je kami kelas sensei, kemudian Hime beralih ke kelas Pn. Norlina. Lina-sensei memang kawaii! Rupa dan saiz badan cam Shila-kun (roomate Hime)! Mula2 Hime takut + segan juga nak masuk kelas baru tapi seronok sangat sebab classmate suka buat lawak ngan Lina-sensei! Kadang2 Hime tak tahan ngan kerenah Sam-senpai (Samsul ke Samuel ke?) Dialah yang jadi host Gegar U. Ingat tak? XD Yelah, kalau ada rezeki, tentu dia boleh jadi host Akademi Fantasia 10, menggantikan Aznil. - -;;;

Erm, apa lagi peristiwa Hime di bulan Februari? Oh, Hime 1st time ke Klinik UNIMAS! Hime diserang segugut yang sama kes ngan Okaasan dan Tomoyo-chan! Sakit + pedih + azab! ><;;; Tapi tak lah sangat sakitnya Cuma nak tengok camner rupa klinik UNIMAS ngan surat MC. Last2 Hime ponteng kelas Bahasa Arab dan PREP 2. Haha! Oh, lupa plak. Kelas PREP 2. Hime masuk kelas tu...sorang je member SK (Amirah-chan), 2 member HRD. Yang lain major FSGK dan segelintirnya FK dan FSTS. Hime berkenalan juga ngan sensei yang agak baik juga. Dulu, Ms Eta. Dia OK, Cuma dia tegas skit. Sem ni, nama sensei tu Ms Penik. Eh, nasib baik Hime tak panggil dia Ms Panik! Buat Hime anxious plak! ><;;; Dia orang Bidayuh dari...Miri tak silap Hime. Anyway, dia okay. Tak kisah bahasa Inggeris kitorang yg lintang pukang. Cuma dia nak tengok camner kita berkomunikasi. Oraitlah tu! XD

Yeah, bulan tu juga ada kenangan yang terindah. Kitorang kena hadiri taklimat Kem Motivasi kat Bau. Uihh...best banget! Tapi kisahnya kita forwardkan ke bulan seterusnya!! XD Next...

Mac.

1 dan 2 Mac, kami (LB1 dan GMS); Hime, Tseu-chan dan Ida-chan kena hadiri Kem Motivasi kat Pusat Latihan Staf UNIMAS di Bau. Lepas balik Bau plak kena hafal Role-play bahasa Arab! Dahlah penat, kena hafal lagi. Bila time nak hafal, hilang apa yang Hime hafal! Ah, kena buat lagi pada hari Jumaat.

13 Mac. Hime kena jumpa Onni-chan sebagaimana yang dijanjikan dalam email seminggu lepas. Ah, nasib Hime tak menyebelahi. Ada je orang yang cari dia. Kalau sekejap, takperlah. Tapi Hime tunggu, tunggu. Pukul 11 petang baru student balik. Hime beralah, datang petang. Lagilah tensen, Onni-chan xder dlm bilik. Kereta mereh plak takder...ahh! Tensen...Hime cuba datang besok. Awal pagi Hime keluar. Pagi2 kan dia start kerja, masa tu otak relax. Akhirnya Hime dapat jumpa ngan Onni-chan! Lega...

Akhir Mac, memang sibuk sangat sampai pening Hime dibuatnya. Pada mulanya kena siapkan TMX report, lepas tu pergi Daurah kat rumah orang kat Desa ilmu. Tu pun dapat sehari (sepatutnya 2 hari) sebab Hime ada tugas masa Hari Keluarga FSKPM. Penat, tapi seronok terutamanya pengalaman pertama Hime jadi pembonceng motorsikal! XD

April

X banyak sangat aktiviti pada bulan ni. 13 April; minggu ulangkaji. Hime masa tu takder kelas. Sekejap masa berlalu, Hime dah habis sumer kelas bermula TMX, BM, Arab dan PREP. Sumer lecturer minta maaf kalau2 ada salah dan silap kat kitorg. Ah, that’s okay. Hime pun juga begitu. Kalau ada salah dan silap, Hime minta maaf juga. 21 April, bermulalah peperiksaan pertama Hime, TMX 2012. Kemudian, PREP pada 22 hb, BM; 23 hb dan Arab; 24hb. Pada hari selepas Hime ambil bahasa Arab, Hime, Tseu-chan dan Ida-chan berjumpa dgn Onni-chan masa tu. Manis betul kenangan masa tu. Rasa nak singkap balik kenangan tu. 29 hb pula, Hime bertemu dgn Ust Azhar dan Onni-chan. Termakbul doa Hime pada malam semalam. Alhamdulillah...Ustaz Azhar kata Hime punya result bahasa Arab lulus. Mudah2an boleh naikkan pointer Hime.

Mei

1 Mei. Sepatutnya pergi surfing net kat HEP, tapi bangun lambat. Maklumlah, Tseu-chan bagi macam2 video, game dan lagu utk Hime. Arigatou, Tseu-chan! 2 Mei, Hime pergi Kuching City ngan Tseu-chan, Ida-chan dan Zack-chan (Zakiah). Kitorang beli barang dan cendaramata nak bawa pulang. Hime ada juga barang nak beli tapi masa x berapa cukup coz bas UNIMAS boleh hantar student sampai pukul 6 petang. Jadi, pukul 4 lebih kena balik. Time kitorang nak balik, hujan lebat betul! Hime dan Tseu-chan payungkan Ida-chan dan Zack-chan yang kena pegang beg bagasi Ida-chan yang baru je beli. Student yang tengah tunggu bas tu tengok je gelagat kitorg! Sempat gelak2 dalam hujan! One sweet memories...

3 Mei. Tseu-chan dan Ida-chan pulang ke Sabah. Diorg datang tengok-tengokkan Hime sebelum diorg balik. Thanx my friends! Ida-chan tak putus kata suruh Hime kirim salam ngan famili Hime. Insya-Allah. Kat apartmen Hime dah kemas skit2. Sambung esok utk bhg dapur plak. Rindu plak ngan UNIMAS. 5 Mei Hime akan balik. Jumpa sem depan semua! Hadapi dunia baru tidak lama lagi! Gambatemas!

Thursday, April 3, 2008

Yay, yay! Balik rumah Subang! XD

Ekk...rasa mual plak yg Hime letak lirik lagu Maliq & E bulan lepas. Jiwang! Mula2 masa Hime letak lirik tak rasa mual plak. Bila sekarang ni...entah. Boring plak. Bila sibuk, dah malas nak fikir benda tu semua, kan?

16 Mac lepas, Otosan hantar SMS yg famili Hime selamat sampai di rumah. Wahh...rasa nak balik rumah plak. Nak tolong famili Hime yg sibuk kemas barang!

Org yg paling best ialah...Tomoyo-chan! Dia dapat balik rumah coz dia kat UM. Yelah, dekat katakan! Hehe, anyway...Hime gembira! ^^

Tuesday, February 19, 2008

Untitled

Ketika kurasakan sudah
Ada ruang di hatiku
Yang kau sentuh

Dan ketika kusadari sudah
Tak selalu indah cinta
Yang ada

Mungkin memang
Ku yang harus mengerti
Bila ku
Bukan yg ingin kau miliki
Salahkah kubilang
Kaulah yang ada di hati ku

Adakah kusinggah di hatimu
Mungkinkah kau rindukan adaku
Adakah ku sedikit di hatimu?

Bilakahku mengganggu harimu
Mungkin kau tak inginkan adaku
Akankah ku sedikit di hatimu

Bila memang ku yang harus mengerti
Mengapa
Cinta mu tak dapat kumiliki
Salahkahku bilang
Kaulah yang ada di hatiku

Kau yang ada di hatiku...

Bila cinta kita takkan tercipta
Ku hanya sekedar ingin 'tuk mengerti
Adakah diriku
Oh...singgah di hatimu
Dan bilakah kau kan tahu
Kau yg ada di hatiku

Kau yang ada di hatiku
Adakah ku di hatimu??

(Lagu daripada Maliq & D' essentials - Untitled. Entah, naper lagu ni diberi nama Untitled...Mungkin diorg xder idea nak letak tajuk kot? Hehe. Lagu ni memang syok bener terutamanya untuk Hime ni. Yelah, Hime ada hati ngan si dier tapi Hime tak tau si dier tu ada hati ngan Hime atau tak...Kalau cinta Hime bertepuk sebelah tangan, tukarlah lagu Maliq kepada lagu Dewa 19 - Pupus!)

Tahniah buat Cik Nab dan Pakcik Asrul!

Huhu...rasa terlambat plak nak ucapkan tahniah buat mak dan pak saudara Hime. Mana taknya,masa cuti Tahun Baru Cina, library tak buka. Kat U sini agak susah nak dapatkan online! T___T Cam ni...Tak silap Hime, tanggal 5 Februari yang lalu, Hime dapat berita melalui Zaini Tomoyo (arigatou, Tomoyo-chan! ^^) menyatakan bahawa mak dan pak saudara Hime mempunyai seorang cahaya mata! Anak lelaki plak tu! Gembira Hime dibuatnya. Tak silap Hime, namanya Aiman Nabil. Betul tak? Kalau salah, betulkan Hime ya! ^^;;;

Masihkah Ada?

Masihkah ada
Bunga-bunga cinta
Yang tersimpan di dada
Mungkinkah mekar semula?

Apa yg dirasakan
Takkan terungkapkan
Di sini pasti tidak mengerti

Masihkah ada
Sisa - sisa cinta
Sekian lama terluka
Mungkinkah bertaut semula?

Kepedihan di jiwa
Membuatku gundah
Di sini aku masih menanti

Biarkanlah begini
Menyusur jalan sepi
Pasti akan berakhir
Sepi pasti kan pergi

Kita akan begini
Mencari dan mencari
Bahagia yg belum pasti

Mungkin suatu hari
Cinta kan ditakluki
Berserah pada Ilahi

(Lagu daripada FaraWahida feat. Puteh - Masihkah Ada)

Friday, February 1, 2008

Kenangan Terindah...

Kenangan terindah buat Hime berputik pada masa SK Nite 2008 yang diadakan pada 26 Januari yang lalu. Hime berpakaian kebaya labuh pemberian Ina-sensei (Arigatou!) segelintir pelajar SK memuji Hime (Arigatou Gozaimasu! ^^) dengan berpakaian kebaya berwarna pic tu! Member baik Hime, Tseu berpakaian baju kurung berwarna merah jambu! Memang cute habis member aku!

Kami menunggu kedatangan bas luar pada pukul 6 petang. Namun kami bertolak 45 minit kemudian. Agak lambat juga. Lambat punya lambat, seramai 7 pelajar ‘tertinggal’ di kolej TAZ (kalau tak silap Hime).

Lebih kurang 7.15 malam, kami pun tiba di destinasi yang ditujui, Crown Tower (CT). Nak tahu, Hime pernah bermimpi tempat yang sama lebih kurang setahun sebelum Hime melangkah ke UNIMAS. Macam tak percaya, kan?

Function room untuk kami berada di tingkat 9. Hime menggunakan lif yang disediakan. Sebaik saja Hime sampai, Hime ternampak surau yang disediakan oleh SK2 (thanx). Hime apalagi, meluru terus ke sana. Yelah, Hime bertolak ke CT sebelum Maghrib. Surau yang disediakan malangnya Hime tak tahu di mana bilik air memandangkan masa untuk majlis itu sudah bermula. Mujurlah Hime belum batal wudhuk lagi. Hime terus sembahyang Maghrib. Selepas itu, Hime membetulkan tudung, prepare make-up (pakai natural je). Bila nak keluar je, Hime terdengar deraian ketawa dia. Kuat betul dan perut Hime mula kecut. Bila Hime buka pintu surau, dia duduk bertentangan dengan tempat Hime keluar! Tapi sayang, kenapa Hime tak sempat pandang dia? Apa salahnya kalau Hime pandang dia. Manalah tahu, kalau-kalau dia ada respons. Bila Hime buat-buat tak pandang, dia pun rasa Hime takder respons kat dia. Arghh! Malu tak bertempat!

Nak tahu, Hime dan Tseu kena duduk dengan Dekan, Timbalan Dekan dan mentor Tseu! Hime pernah berangan-angan nak makan malam dengan Pengetua Sekolah SMK Labuan tapi Hime takder chance langsung. Tapi peluang Hime ada untuk Dekan you! Hehe! XD Seronok! Kalau dah nama rezeki…Tapi kenapa korang takut nak duduk dengan diorang? Sayang betul lar…Tapi satu jer yang Hime rasa kurang best. Hime teringin sangat nak makan malam dengan mentor Hime tapi dia duduk kat tempat lain. Sayangnya…T__T

Kami mulakan majlis dengan bacaan doa (simple je) dan ucapan daripada Dekan dan Timb. Mataku dah rasa lain macam (mau taknya, petang semalam Dekan ajar kitorg Asas Pembudayaan Keusahawanan) rasa cam dia sambung kuliahlah plak! Kui Kui Kui! Takderlah…gurau jer. Lepas tu, diorg suruh Dekan, Timb dan mentor Tseu design pentas on the spot. Lepas tu diorg (student SK) buat show. Seronok habis! Yang buat Hime geli hati tu wujud “gorilla dan Ultraman” sesat kat pentas! Bukan tu jer, anak Pn Kartini excited dengan show, dia tunjuk show dia! Kelakar betul!

Yang paling Hime suka tu, cabutan bertuah! Hime pelajar kedua dapat cabutan bertuah selepas member punya cabutan bertuah bernombor 056. Hime plak 055! Dekat, kan? Tapi Hime kurang dengan hadiah Hime, dua tiket menonton wayang! Bukan Hime tak suka, masalahnya, Hime pergi dengan siapa dan bila Hime nak pergi tengok wayang (any comments?) Kalau hadiah Tupperware tu Hime naklah! Tupperware bukannya murah tau! Lagipun boleh simpan makanan dan juga menatap Tupperware sebagai kenangan. Kan best tu…Apa-apa pun thanx buat SK2 yang susah payah mencari sponsor! Jangan mare kalau Hime komen...Kiranya tiket pun berharga juga. Nantilah Hime cari waktu yang sesuai untuk pergi tengok wayang...^^;;

Satu lagi, Hime sengaja mewakilkan diri untuk bermain permainan yang dianjurkan oleh SK2. Game apa tu yer…lebih kurang permainan yang membelitkan minda Hime jugaklah. Mula-mula Hime confuse juga main game tu. Nama game tu panjang tapi mungkin korang boleh bayangkan; “Monday, Selasa, Wednesday, Khamis, Friday, Sabtu dan Suday”! Kelakar habis main game tu bila mentor Tseu dan member Hime, Lip Ki beraksi! Lip Ki menang game tu mengalahkan mentornya! XP

Yang Hime tak boleh lupa, acara kemuncak SK Nite 08, Putera dan Puteri Sains Kognitif! Emma dan Tzong Ren (mamat Cina Hensem); pelajar bertuah coz rekaan baju putih yang paling kreatif! Memang kreatif!

Yang paling last tu, student SK2 minta mentor Hime menyanyikan sebuah lagu. Dekan pun suruh mentor Hime nyanyi, namun entah kenapa dengan ‘angin’ dia tu mentor Hime taknak nyanyi! Mentor kata tahun depan dia nak nyanyi. Hampa jugak Hime coz tahun depan Hime takder peluang tengok mentor Hime nyanyi. Sampai hati…T___T

Pukul 11.30. SK Nite berakhir sudah. Ahh…Hime akan kenang memori ni sampai bila-bila. Sampai sekarang ni Hime masih teringat peristiwa ni…

P/s: Ida, member Hime dari Kota Marudu pun dapat cabutan bertuah. Katanya dia dapat computer joystick! Wahh! Bestnya! X3

Thursday, January 24, 2008

I'm New Blogger Here

Ogenki Desuka? Watashi wa Zanna_Hime san! Hehe...I'm new blogger. It still under construction. Maaf, Hime buat bahasa rojak ni. Kalau dapat dek Pusat Pengajian Bahasa kat Unimas mahupun Zaini Tomoyo, habis Hime! Sebenarnya dah lama Hime teringin nak register Blogspot ni tapi entah, Hime tak teringin nak tulis apa-apa dulu coz Hime masa tu ada kat rumah. Takder apa-apa aktiviti menarik jika dibandingkan di menara gading ni banyak plak aktiviti dan idea!

Apa-apa pun trimas kpd Blogspot.com coz beri tunjuk ajar camner nak register blog. Thanx ya! XD Sebenarnya my cousin pun pakai Blogspot ni. So dialah inspirasi Hime nak menulis blog ni. Kalau tak, entah.

Tujuan Hime nak buat blog ni bukannya apa, hati Hime yang kecik ni tak muat nak luahkan perasaan dan ekspresi (sama maksud ker?) Nak simpan dalam buku diari pemberian Otosan tu rasanya tak muat page tu! Jadi Hime cuba rajin2 buat kat Blogspot.com. Insya-Allah Hime letak apa-apa kat sini. Faham-fahamlah kalau Hime letak apa-apa lirik lagu gembira, sedih, marah komplen mahupun luahan sekalipun tu bergantung kepada mood Hime. Jadi faham-fahamlah...oh! Okay, jumpa lagi. Idea dah kering, perut lapar! Huhu...Sayonara!