Friday, February 1, 2008

Kenangan Terindah...

Kenangan terindah buat Hime berputik pada masa SK Nite 2008 yang diadakan pada 26 Januari yang lalu. Hime berpakaian kebaya labuh pemberian Ina-sensei (Arigatou!) segelintir pelajar SK memuji Hime (Arigatou Gozaimasu! ^^) dengan berpakaian kebaya berwarna pic tu! Member baik Hime, Tseu berpakaian baju kurung berwarna merah jambu! Memang cute habis member aku!

Kami menunggu kedatangan bas luar pada pukul 6 petang. Namun kami bertolak 45 minit kemudian. Agak lambat juga. Lambat punya lambat, seramai 7 pelajar ‘tertinggal’ di kolej TAZ (kalau tak silap Hime).

Lebih kurang 7.15 malam, kami pun tiba di destinasi yang ditujui, Crown Tower (CT). Nak tahu, Hime pernah bermimpi tempat yang sama lebih kurang setahun sebelum Hime melangkah ke UNIMAS. Macam tak percaya, kan?

Function room untuk kami berada di tingkat 9. Hime menggunakan lif yang disediakan. Sebaik saja Hime sampai, Hime ternampak surau yang disediakan oleh SK2 (thanx). Hime apalagi, meluru terus ke sana. Yelah, Hime bertolak ke CT sebelum Maghrib. Surau yang disediakan malangnya Hime tak tahu di mana bilik air memandangkan masa untuk majlis itu sudah bermula. Mujurlah Hime belum batal wudhuk lagi. Hime terus sembahyang Maghrib. Selepas itu, Hime membetulkan tudung, prepare make-up (pakai natural je). Bila nak keluar je, Hime terdengar deraian ketawa dia. Kuat betul dan perut Hime mula kecut. Bila Hime buka pintu surau, dia duduk bertentangan dengan tempat Hime keluar! Tapi sayang, kenapa Hime tak sempat pandang dia? Apa salahnya kalau Hime pandang dia. Manalah tahu, kalau-kalau dia ada respons. Bila Hime buat-buat tak pandang, dia pun rasa Hime takder respons kat dia. Arghh! Malu tak bertempat!

Nak tahu, Hime dan Tseu kena duduk dengan Dekan, Timbalan Dekan dan mentor Tseu! Hime pernah berangan-angan nak makan malam dengan Pengetua Sekolah SMK Labuan tapi Hime takder chance langsung. Tapi peluang Hime ada untuk Dekan you! Hehe! XD Seronok! Kalau dah nama rezeki…Tapi kenapa korang takut nak duduk dengan diorang? Sayang betul lar…Tapi satu jer yang Hime rasa kurang best. Hime teringin sangat nak makan malam dengan mentor Hime tapi dia duduk kat tempat lain. Sayangnya…T__T

Kami mulakan majlis dengan bacaan doa (simple je) dan ucapan daripada Dekan dan Timb. Mataku dah rasa lain macam (mau taknya, petang semalam Dekan ajar kitorg Asas Pembudayaan Keusahawanan) rasa cam dia sambung kuliahlah plak! Kui Kui Kui! Takderlah…gurau jer. Lepas tu, diorg suruh Dekan, Timb dan mentor Tseu design pentas on the spot. Lepas tu diorg (student SK) buat show. Seronok habis! Yang buat Hime geli hati tu wujud “gorilla dan Ultraman” sesat kat pentas! Bukan tu jer, anak Pn Kartini excited dengan show, dia tunjuk show dia! Kelakar betul!

Yang paling Hime suka tu, cabutan bertuah! Hime pelajar kedua dapat cabutan bertuah selepas member punya cabutan bertuah bernombor 056. Hime plak 055! Dekat, kan? Tapi Hime kurang dengan hadiah Hime, dua tiket menonton wayang! Bukan Hime tak suka, masalahnya, Hime pergi dengan siapa dan bila Hime nak pergi tengok wayang (any comments?) Kalau hadiah Tupperware tu Hime naklah! Tupperware bukannya murah tau! Lagipun boleh simpan makanan dan juga menatap Tupperware sebagai kenangan. Kan best tu…Apa-apa pun thanx buat SK2 yang susah payah mencari sponsor! Jangan mare kalau Hime komen...Kiranya tiket pun berharga juga. Nantilah Hime cari waktu yang sesuai untuk pergi tengok wayang...^^;;

Satu lagi, Hime sengaja mewakilkan diri untuk bermain permainan yang dianjurkan oleh SK2. Game apa tu yer…lebih kurang permainan yang membelitkan minda Hime jugaklah. Mula-mula Hime confuse juga main game tu. Nama game tu panjang tapi mungkin korang boleh bayangkan; “Monday, Selasa, Wednesday, Khamis, Friday, Sabtu dan Suday”! Kelakar habis main game tu bila mentor Tseu dan member Hime, Lip Ki beraksi! Lip Ki menang game tu mengalahkan mentornya! XP

Yang Hime tak boleh lupa, acara kemuncak SK Nite 08, Putera dan Puteri Sains Kognitif! Emma dan Tzong Ren (mamat Cina Hensem); pelajar bertuah coz rekaan baju putih yang paling kreatif! Memang kreatif!

Yang paling last tu, student SK2 minta mentor Hime menyanyikan sebuah lagu. Dekan pun suruh mentor Hime nyanyi, namun entah kenapa dengan ‘angin’ dia tu mentor Hime taknak nyanyi! Mentor kata tahun depan dia nak nyanyi. Hampa jugak Hime coz tahun depan Hime takder peluang tengok mentor Hime nyanyi. Sampai hati…T___T

Pukul 11.30. SK Nite berakhir sudah. Ahh…Hime akan kenang memori ni sampai bila-bila. Sampai sekarang ni Hime masih teringat peristiwa ni…

P/s: Ida, member Hime dari Kota Marudu pun dapat cabutan bertuah. Katanya dia dapat computer joystick! Wahh! Bestnya! X3

No comments: